Saturday 28 April 2012

TUTORIAL PERMAINAN

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI


Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, harapan kami agar pelajar dapat berusaha untuk mengusai kemahiran yang telah diajar. Hoki juga satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual. Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.


1.Menggelecek

Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek ‘Indian’(Indian Dribble).

2. Memukul

Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain. Kedudukan yang betul semasa memukul bola statik. Pastikan kayu dipegang dengan kemas. Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola. Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat.

3. Menolak

Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola.

4. Menerima dan menahan bola

Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.


* Kesalahan yang kerap dilakukan

Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan.

Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:
  • Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh.
  • Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.
  • Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan.
  • Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak memukul bola.
  • Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.



KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN SEPAK TAKRAW


Perkara penting dalam permainan sepak takraw adalah kawalan bola.


1) Kawalan dengan bahagian dalam kaki

Sepak atau kawalan dengan menggunakan bahagian dalam kaki adalah kemahiran asas sepak takraw yang terpenting sekali. Ini kerana, kebanyakkan pemain sepak takraw menggunakan bahagian dalam kaki untuk mengawal pergerakan bola. Kawalan bola yang kemas akan membolehkan Killer (Perejam) melakukan renjaman. Bagaimana melakukannya?
  • Pemain perlu berdiri dalam keadaan bersedia. Kaki mesti dijarakkan mengikut kepanjangan dada.
  • Bengkokkan sedikit kaki yang non-dominan dan kaki yang dominan(biasanya kaki kanan) bersedia untuk menerima bola. Mata perlu sentiasa memerhatikan arah pergerakan bola.
  • Apabila telah menerima bola, relaks kan pergerakan kaki dan janganlah menghayunkan kaki terlalu kuat kerana bola mungkin bola akan terlepas dari kawalan kaki.
  • Apabila bola telah melantun, kita hendaklah mengawalnya dengan menyepak pada titik kawalan.
  • Drills/Latihan Ansur Maju:
  • Pegang bola, kemudiannya jatuhkan bola ke arah kaki yang dominan. Cuba beberapa kali dengan bola yang di sepak oleh kaki mestilah ke atas dan ke arah tangan.(gunakan tangan untuk menyambut balik). Buat beberapa kali sampai mahir.
  • Apabila bola telah berjaya di kawal(bola dapat dilantunkan ke atas dengan konsisten dan dalam jangkauan tangan), cuba gunakan kaki yang non-dominan untuk melantunkan bola ke atas. (buat sehingga kaki non-dominan selesa dengan bola).
  • Apabila kedua-dua kaki telah biasa dengan kawalan bola, maka gunakan kedua-dua kaki tersebut untuk melantunkan bola ke atas secara berselang-seli. (kemudian tangan akan menyambut bola tersebut)

2) Kawalan dengan menggunakan Lutut/Peha

Lutut dan peha digunakan apabila bola yang bergerak laju menuju ke arah bahagian antara lutut dan pinggan. Kemahiran ini digunakan untuk memperlahankan bola (deflect) bola untuk memudahkan kita menggunakan bahagian dalam kaki untuk mengawal bola. Ianya juga digunakan apabila mahu melakukan timangan yang berturutan iaitu bila bola berada hampir dengan anggota tersebut. Bagaimana melakukannya?
  • Angkatkan kaki ke atas dengan lutut di bengkokkan.
  • Apabla bola mahu bersentuhan dengan anggota badan, sebaik-baiknya gunakan peha jika boleh berbanding dengan penggunaan lutut kerana sentuhan peha memberikan kawalan lebih pada bola.
  • Pastikan bola terkena bahagian peha yang berisi(seelok-eloknya kedudukan bola 10-15cm dari lutut) untuk memudahkan bola melantun sedikit ke atas Drills/Latihan Ansur Maju
  • Jatuhkan bola ke atas lutut/peha. Biarkan bola melantun dan kemudian sambut kembali bola tersebut.
  • Apabila sudah mahir, lakukan dengan menggunakan kombinasi lutut/peha dengan bahagian dalam kaki
  • Lakukan berulang-kali sehingga kaki terbiasa dengan pergerakan bola.

3) Header/ Tanduk

Kemahiran menanduk ataupun 'heading' merupakan kemahiran kedua penting dalam permainan sepak takraw lebih-lebih lagi jika melibatkan permainan di jaring. Tandukan digunakan apabila menerima bola yang berkedudukan lebih tinggi daripada pinggan. Bagaimana melakukannya?

  • Untuk kemahiran Tanduk/Header, ianya hampir sama dengan kemahiran menggunakan bahagian dalam kaki untuk mengawal bola.
  • Bahagian yang bersentuhan dengan bola mestilah berada betul-betul diatas bahagian depan kepala (tidak berada terlalu jauh dari kepala dan juga tidak boleh berada ditengah-tengah kepala, yang terbaik berada di antara kedua-duanya).
  • Apabila mahu menanduk/header, bengkokkan sedikit lutut dan pastikan kepala berada dibawah bola. (jangan terlalu tumpukan pada kekuatan tandukan tetapi lebih tumpukan pada ketepatan tandukan dan kedudukan bola)
  • Drill/Latihan Ansur Maju
  • Lambung bola kemudiannya tanduk dengan kepala, lepas itu tangkap bola tersebut. (Lakukan berulang kali sampai kepala terbiasa dengan tandukan)
  • Kemudian, lambung bola lebih tinggi dan kemudiannya kawal bola tersebut dengan menggunakan kepala sebelum menangkap bola tersebut.
  • Cuba gunakan kombinasi kawalan bola melalui tandukan dan kaki.
-->Bagi mereka yang kali pertama mencuba permainan sepak takraw pasti akan merasa sakit sedikit apabila melakukan tandukan, tetapi dengan latihan berterusan pemain akan terbiasa dengan situasi tersebut<--

 4) Bahagian depan kaki/Timangan Bola

Menyambut hantaran bola dengan menggunakan bahagian depan kaki merupakan cara defensive, terutamanya apabila menyelamatkan bola yang berada jauh dari jangkauan untuk kawalan bahagian dalam kaki. Walaubagaimanapun, mungkin dalam permainan bolasepak ianya adalh efektif, tetapi dalm permainan sepak takraw ianya bukan cara yang terbaik. Bagaimanapun kemahiran ini penting untuk menyelamatkan bola, apabila telah berjaya menyelamatkan bola, kembali gunakan bahagian dalam kaki untuk kawalan. Bagaimana melakukannya?

  • Letakkan kaki sedikit keluar untuk memudahkan capaian kaki terhadap bola. 
  • Apabila menerima bola, hulurkan bahagian depan kaki untuk menyambutnya. (jangan gunakan kekuatan yang kuat kerana bola cenderung untuk hilang kawalan. Lakukan secara perlahan-lahan) Drills/Lantihan Ansur Maju. 
  • Sama seperti kemahiran diatas. Lambung bola kemudian terima dengan bahagian depan kaki. 
  • Gunakan kombinasi timangan apabila sudah mahir