Saturday 28 April 2012

TUTORIAL PERMAINAN

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI


Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, harapan kami agar pelajar dapat berusaha untuk mengusai kemahiran yang telah diajar. Hoki juga satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual. Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.


1.Menggelecek

Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek ‘Indian’(Indian Dribble).

2. Memukul

Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain. Kedudukan yang betul semasa memukul bola statik. Pastikan kayu dipegang dengan kemas. Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola. Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat.

3. Menolak

Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola.

4. Menerima dan menahan bola

Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.


* Kesalahan yang kerap dilakukan

Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan.

Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:
  • Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh.
  • Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.
  • Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan.
  • Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak memukul bola.
  • Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.



KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN SEPAK TAKRAW


Perkara penting dalam permainan sepak takraw adalah kawalan bola.


1) Kawalan dengan bahagian dalam kaki

Sepak atau kawalan dengan menggunakan bahagian dalam kaki adalah kemahiran asas sepak takraw yang terpenting sekali. Ini kerana, kebanyakkan pemain sepak takraw menggunakan bahagian dalam kaki untuk mengawal pergerakan bola. Kawalan bola yang kemas akan membolehkan Killer (Perejam) melakukan renjaman. Bagaimana melakukannya?
  • Pemain perlu berdiri dalam keadaan bersedia. Kaki mesti dijarakkan mengikut kepanjangan dada.
  • Bengkokkan sedikit kaki yang non-dominan dan kaki yang dominan(biasanya kaki kanan) bersedia untuk menerima bola. Mata perlu sentiasa memerhatikan arah pergerakan bola.
  • Apabila telah menerima bola, relaks kan pergerakan kaki dan janganlah menghayunkan kaki terlalu kuat kerana bola mungkin bola akan terlepas dari kawalan kaki.
  • Apabila bola telah melantun, kita hendaklah mengawalnya dengan menyepak pada titik kawalan.
  • Drills/Latihan Ansur Maju:
  • Pegang bola, kemudiannya jatuhkan bola ke arah kaki yang dominan. Cuba beberapa kali dengan bola yang di sepak oleh kaki mestilah ke atas dan ke arah tangan.(gunakan tangan untuk menyambut balik). Buat beberapa kali sampai mahir.
  • Apabila bola telah berjaya di kawal(bola dapat dilantunkan ke atas dengan konsisten dan dalam jangkauan tangan), cuba gunakan kaki yang non-dominan untuk melantunkan bola ke atas. (buat sehingga kaki non-dominan selesa dengan bola).
  • Apabila kedua-dua kaki telah biasa dengan kawalan bola, maka gunakan kedua-dua kaki tersebut untuk melantunkan bola ke atas secara berselang-seli. (kemudian tangan akan menyambut bola tersebut)

2) Kawalan dengan menggunakan Lutut/Peha

Lutut dan peha digunakan apabila bola yang bergerak laju menuju ke arah bahagian antara lutut dan pinggan. Kemahiran ini digunakan untuk memperlahankan bola (deflect) bola untuk memudahkan kita menggunakan bahagian dalam kaki untuk mengawal bola. Ianya juga digunakan apabila mahu melakukan timangan yang berturutan iaitu bila bola berada hampir dengan anggota tersebut. Bagaimana melakukannya?
  • Angkatkan kaki ke atas dengan lutut di bengkokkan.
  • Apabla bola mahu bersentuhan dengan anggota badan, sebaik-baiknya gunakan peha jika boleh berbanding dengan penggunaan lutut kerana sentuhan peha memberikan kawalan lebih pada bola.
  • Pastikan bola terkena bahagian peha yang berisi(seelok-eloknya kedudukan bola 10-15cm dari lutut) untuk memudahkan bola melantun sedikit ke atas Drills/Latihan Ansur Maju
  • Jatuhkan bola ke atas lutut/peha. Biarkan bola melantun dan kemudian sambut kembali bola tersebut.
  • Apabila sudah mahir, lakukan dengan menggunakan kombinasi lutut/peha dengan bahagian dalam kaki
  • Lakukan berulang-kali sehingga kaki terbiasa dengan pergerakan bola.

3) Header/ Tanduk

Kemahiran menanduk ataupun 'heading' merupakan kemahiran kedua penting dalam permainan sepak takraw lebih-lebih lagi jika melibatkan permainan di jaring. Tandukan digunakan apabila menerima bola yang berkedudukan lebih tinggi daripada pinggan. Bagaimana melakukannya?

  • Untuk kemahiran Tanduk/Header, ianya hampir sama dengan kemahiran menggunakan bahagian dalam kaki untuk mengawal bola.
  • Bahagian yang bersentuhan dengan bola mestilah berada betul-betul diatas bahagian depan kepala (tidak berada terlalu jauh dari kepala dan juga tidak boleh berada ditengah-tengah kepala, yang terbaik berada di antara kedua-duanya).
  • Apabila mahu menanduk/header, bengkokkan sedikit lutut dan pastikan kepala berada dibawah bola. (jangan terlalu tumpukan pada kekuatan tandukan tetapi lebih tumpukan pada ketepatan tandukan dan kedudukan bola)
  • Drill/Latihan Ansur Maju
  • Lambung bola kemudiannya tanduk dengan kepala, lepas itu tangkap bola tersebut. (Lakukan berulang kali sampai kepala terbiasa dengan tandukan)
  • Kemudian, lambung bola lebih tinggi dan kemudiannya kawal bola tersebut dengan menggunakan kepala sebelum menangkap bola tersebut.
  • Cuba gunakan kombinasi kawalan bola melalui tandukan dan kaki.
-->Bagi mereka yang kali pertama mencuba permainan sepak takraw pasti akan merasa sakit sedikit apabila melakukan tandukan, tetapi dengan latihan berterusan pemain akan terbiasa dengan situasi tersebut<--

 4) Bahagian depan kaki/Timangan Bola

Menyambut hantaran bola dengan menggunakan bahagian depan kaki merupakan cara defensive, terutamanya apabila menyelamatkan bola yang berada jauh dari jangkauan untuk kawalan bahagian dalam kaki. Walaubagaimanapun, mungkin dalam permainan bolasepak ianya adalh efektif, tetapi dalm permainan sepak takraw ianya bukan cara yang terbaik. Bagaimanapun kemahiran ini penting untuk menyelamatkan bola, apabila telah berjaya menyelamatkan bola, kembali gunakan bahagian dalam kaki untuk kawalan. Bagaimana melakukannya?

  • Letakkan kaki sedikit keluar untuk memudahkan capaian kaki terhadap bola. 
  • Apabila menerima bola, hulurkan bahagian depan kaki untuk menyambutnya. (jangan gunakan kekuatan yang kuat kerana bola cenderung untuk hilang kawalan. Lakukan secara perlahan-lahan) Drills/Lantihan Ansur Maju. 
  • Sama seperti kemahiran diatas. Lambung bola kemudian terima dengan bahagian depan kaki. 
  • Gunakan kombinasi timangan apabila sudah mahir 


AMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT


Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:

  • Makan secara sihat
  • Tidak merokok
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Belajar menangani stress


Faedah cara hidup sihat:

Meningkatkan status kesihatan anda
Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi.
Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.





Makan Secara Sihat

Nikmati pelbagai jenis makanan
Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama sarapan pagi, tengahari dan malam)
Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.





Tidak Merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
  • Tumpukan pada hari ini
  • Sentiada berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
  • Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
  • Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
  • Melengahkan-lengah
  • Minum banyak air
  • Menarik nafas panjang
  • Membuat sesuatu
  • Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
  • Mengunyah sesuatu
  • Membasuh tangan
  • Mandi dengan kerap
  • Melakukan senaman regangan
  • Memohon doa
  • Lakukan Aktiviti Fizikal




Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi. Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali) Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda




Tangani Stres

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan. Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
  • Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda



RUJUKAN: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/AmalkanCaraHidupSihat.php

Friday 20 April 2012

GALERI FOTO

Berikut adalah koleksi gambar-gambar suasana di sekolah saya semasa sesi pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.


Monday 16 April 2012

AKTIVITI MEMANASKAN BADAN

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Pada hari ini, cikgu ingin berkongsi dengan murid-murid tentang cara-cara untuk memanaskan badan kita sebelum melakukan aktiviti bersukan. Ia adalah penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus mengelakkan daripada kecederaan. Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan. Di sini cikgu telah menyediakn sebuah video yang mana akan menunjukkan demonstrasi untuk melakukan aktiviti memanskan badan. Cikgu harap muid-murid akan mendapat manfaat daripada posting cikgu pada kali ini. Terima Kasih.



 



Cikgu harap muid-murid akan mendapat manfaat daripada posting cikgu pada kali ini. Terima Kasih.



*SUMBER: http://www.youtube.com/

ASPEK KESELAMATAN




Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Tahukah murid-murid bahawa sebelum kita melakukan aktiviti-aktiviti semasa P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, kita seharusnya menitikberatkan beberapa aspek sebelum, semasa atau selepas melaksanakan aktiviti PJK...? Sebenarnya terdapat tujuh perkara utama yang wajib diberi perhatian untuk keselamatan sebelum menjalani aktiviti PJK. Cikgu akan menrangkan aspek-aspek tersebut agae murid-murid akan mendapat suatu gambaran yang jelas akan aspek keselamatan ini.

Pertama ialah melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan otot dan kelonggaran sendi sebelum melakukan aktiviti yang lebih berat. Suhu badan boleh ditingkatkan dengan berlari. Berjoging selama tiga atau empat minit sudah mencukupi. Jika anda berada di sekolah, adalah lebih menyeronokkan jika berlari diadakan dalam bentuk permainan, contohnya permainan kejar-mengejar seperti police and thief. Denda dengan melakukan tekan tubi sebanyak lima kali apabila dapat ditangkap oleh rakan yang mengejar boleh menjadi motivasi yang baik dengan berlari lebih laju apabila menyertai semula permainan itu. Kedua, latihan bersistematik. Latihan perlu dirancang dan ditentukan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya. Jangan sesekali melakukan aktiviti yang tidak diketahui faedah dan akibatnya. Ketiga, kenal pasti kecergasan diri. setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang berbeza. Tetapkan objektif latihan mengikut kecergasan diri masing-masing. Keempat, kenal pasti kemampuan diri. Lakukan aktiviti mengikut tahan kemampuan masing-masing. Jangan memaksa diri melakukan aktiviti melebihi had keupayaan masing-masing. Kesihatan murid perlu diberi perhatian dan diambil kira. Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil bahagian. Bagi semua aktiviti lasak, murid-murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Murid-murid yang cedera, semput atau lelah (asthma) tidak dibenarkan mengambil bahagian.

Kelima, persekitaran dan tempat aktiviti mestilah sesuai. Pastikan persekitaran tempat yang selamat. Selamat untuk diri sendiri dan orang lain. Kawasan latihan, permainan atau sukan hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan terurus. Keenam, kemudahan peralatan. Pastikan anda mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan aktiviti. alatan termasuklah juga pakaian yang sesuai untuk aktiviti. Guru-guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan. Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa maut adalah Lembing, Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Bad Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bola Golf, Bola Baling, Bola Billiard, Dart, Spikes, Anak Panah dan Peralatan Gimnastik. Pastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang merbahaya seperti yang dinyatakan diadakan pada hari atau masa yang berasingan dengan latihan sukan lain. Ketujuh, perlakuan yang betul. jangan melakukan aktiviti dengan cara yang salah. ini akan membahayakan diri anda. Segala aktiviti sukan seperti gimnastik terjun dan lain-lain yang memerlukan kemahiran tinggi perlu diajar oleh guru sukan yang bertauliah.


*Cikgu berharap murid-murid sekalian akan menurut aspek-aspek keselamatan ini agar dapat mengelak daripada sebarang kecelakaan berlaku semasa sesi P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Terima Kasih.


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN



Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Cikgu menyediakan blog ini bertujuan untuk membekalkan murid-murid dengan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan cikgu juga berharap bahawa murid-murid dan juga pengunjung-pengunjung yang melawat blog ini akan  mendapat faedah daripada kandungan blog ini. Sekian Terima Kasih.


SELAMAT MAJU JAYA.


Sunday 15 April 2012

SUKATAN PELAJARAN PJK TAHUN 4

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Pada hari ini, cikgu hendak berkongsi dengan anda tentang sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi murid-murid tahun 4.



Sukatan Pelajaran Pjk Tahun 4




*Klik pada tab Full Screen untuk paparan yang lebih jelas.



Friday 13 April 2012

GALERI VIDEO

VIDEO TUTORIAL KEMAHIRAN HOKI







VIDEO TUTORIAL SENAMAN AEROBIK







VIDEO MERANCANG PEMAKANAN YANG SIHAT





Tuesday 3 April 2012

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) TELOK PANGLIMA GARANG



Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Telok Panglima Garang atau nama ringkasnya SJK (T) Telok Panglima Garang, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Telok Panglima Garang, Selangor. Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Telok Panglima Garang memiliki 375 pelajar lelaki dan 354 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 729 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru.


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Telok Panglima Garang
Telok Panglima Garang
Selangor, Malaysia
No.Telefon = 331229732
No. Fax      = 331229732



Sunday 1 April 2012

PENGENALAN DIRI




Nama          : Suppiah a/l Veeramalai

No. Matrik    : D20111049510

Tajuk Blog   : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan